best website templates
Mobirise

5 Sebab Mengapa Perfume DeXandra Menjadi Perfume Pilihan No.1 Rakyat Malaysia.

Samada untuk menghilangkan bau tak menyenangkan mahupun untuk menarik perhatian jejaka, wangian dan manusia tidak dapat dipisahkan. Namun perfume bukan boleh dipilih secara sambil lewa. Salah pilih, ia akan membuatkan aroma kita makin tidak menyenangkan dan orang pun menjauhi kita.



Mujurlah ada De’Xandra Perfumes!

Eau de parfume (EDP) dari De’Xandra diyakini sejak 2014 sebagai wangian peribadi pilihan rakyat Malaysia. Ini kerana EDP dari De’Xandra ini memiliki pati yang pekat iaitu 15 hingga ke 20 peratus. Wanginya cukup tahan lama yang mampu bertahan sehingga 6 ke 8 jam. Wangian ini sangat sesuai digunakan untuk sepanjang hari belajar, bekerja, menghadiri acara rasmi ataupun ke majlis-majlis keramaian. Mari admin kongsikan lagi 5 kelebihan perfume De’Xandra yang confirm ramai orang setuju.

Bau perfume mahal
Apabila nak keluar je rumah mesti admin akan spray perfume De’Xandra, lepas tu ramai yang tanya perfume apa yang admin pakai ni. “Mesti perfume yang mahalkan?” tanya kawan-kawan admin. Ya la, sebab ‘notes’ yang harum dan tak sintetik macam wangian murah lain. Haa, korang tak payah beli perfume mahal-mahal pun. Guna je De’Xandra mesti ramai orang terpikat dengan aromanya.

Mesra solat
Apabila membeli perfume perkara yang perlu dititikberatkan adalah kandungan bahannya. Jangan pula dah beli tiba-tiba perfume tersebut tidak boleh dibawa untuk solat. Ramai yang terlepas pandang pada perkara ini sebab bagi mereka kalau wangi terus je beli. Mujur perfume-perfume De’Xandra adalah perfume yang mesra solat – hanya ekstrak bunga, buah, rempah atau kayu digunakan tau, jadi tak perlulah risau ya.

Setanding dengan wangian original
Walaupun wangian-wangian DeXandra asalnya ‘inspired by’ wangian terkenal tetapi aroma wangiannya setanding dengan perfume original tau. Anda tak perlu dah untuk melabur duit hingga ratusan ringgit untuk mendapatkan perfume yang tahan lama kerana De’Xandra menjanjikan wangian yang mampu membuatkan anda tampil wangi dari pagi ke petang.

Mudah dibawa ke mana sahaja
Saiz dan rupa bentuk perfume yang direka De’Xandra adalah saiz yang amat mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Kepada yang sangat suka travel itu jangan risau kerana saiz perfume De’Xandra melepasi piawaian yang ditetapkan untuk carry-on luggage. Ia juga dalam kaca tebal yang tahan hentakan. Jadi tak perlu resah terpaksa tinggalkan perfume kesayangan di rumah bila naik flight, ya.

Mobirise

Cara Hilangkan Bau Badan (Jangan Sampai Orang Lain Pengsan)

Tahukah anda punca bau badan bukan hanya disebabkan anda kurang mandi atau tidak memakai pewangi, tetapi ianya berpunca dari pelbagai faktor.

Mari kita lihat punca-punca tersebut.
1.Tekanan yang berlebihan

Beban kerja ataupun masalah harian boleh membuatkan seseorang itu mengalami tekanan yang berlebihan. Perkara ini selalu berlaku dalam kehidupan kita.
Tahukah anda, tekanan boleh membuat kan badan kita berpeluh? Namun begitu, peluh yang disebabkan oleh tekanan mempunyai bau yang lagi kuat berbanding dengan peluh biasa.
Ini disebabkan kelenjar apokrin yang kurang cecair dan menarik lebih banyak bakteria yang boleh menyebabkan bau badan.

2.Penggunaan baju dalam yang terlalu lama

Penggunaan baju yang lama lebih-lebih lagi baju dalam juga boleh menyebabkan badan kita berbau. Benda ini sering berlaku di dalam kalangan wanita.
Sesetengah wanita sangat mengambil ringan tentang penukaran dan pembasuhan baju dalam mereka.
Anggota badan yang senang berpeluh seperti di sekeliling ketiak, belakang dan dada diserap oleh material baju dalam yang diperbuat daripada kain yang senang menyerap peluh.
Penukaran baju dalam dengan kerap adalah satu benda yang amat penting yang harus dijaga oleh semua orang terutamanya kaum wanita.

3.Alkohol

Jika anda selalu menonton movie Hollywood, sudah tentu ada beberapa scene di mana watak tersebut mengambil minuman beralkohol kan?
Perasan tak orang di sekeliling watak tersebut akan mengadu yang bau nya kurang menyenangkan?
ni kerana pengambilan alkohol juga dapat menyebabkan badan anda berbau. Badan kita menganggap alkohol sebagai toksin dan akan cuba mengeluarkannya dengan segera.
Oleh itu, jika kandungan alkohol di proses dalam badan melebihi kapasiti hati, ianya akan menyebabkan peluh dan nafas anda berbau.

4.Diabetes

Badan akan mula mengekstrak lemak untuk keperluan tenaga dan menyebabkan kadar ketones di dalam pesakit diabetes tinggi sekiranya ianya tidak dirawat.
Oleh itu, untuk kesihatan tubuh badan dan mengelakkan badan dari berbau, segera dapatkan rawatan doctor di hospital atau klinik berdekatan.

5.Kesan sampingan ubat-ubatan

Selain dari diebetes, ubat-ubatan yang dimakan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan badan seseorang itu berbau.
Ubat-ubatan seperti ubat demam dan morfin boleh menyebabkan anda berpeluh dan jika dibiarkan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan badan berbau.
Selain itu, selain dari bau badan, ubat-ubatan seperti ubat saraf dan otot akan mengakibatkan mulut anda kering dan berbau.

Info Menarik Tentang Bau Badan

Punca bau badan dah tahu tapi bagaimana bau badan ini terjadi? Ha, tentu korang tak tahu kan?

Mari kita lihat pula fakta-fakta menarik tentang bau badan ni. Fakta ini adalah amat penting untuk anda tahu jika anda mahu menghilangkan bau badan anda nanti.

Penggunaan deodoran

Sudah tentu anda pernah dengar tentang penggunaan deodoran dapat mengatasi masalah bau badan kan? Ianya merupakan benda paling penting untuk mencegah masalah ini.
Deodoran mempunyai bahan-bahan yang boleh mencegah dan membantu pengeluaran peluh sekiranya melakukan aktiviti secara berlebihan.

7.Pengaruh makanan

Seterusnya, makanan tertentu seperti bawang putih boleh menyebabkan bau badan jika diambil secara berlebihan. Adalah lebih baik jika anda makan dalam kuantiti yang sederhana.


8.Kelenjar Peluh yang Berbeza

Ekrin (eccrine) dan apokrin (apocrine) merupakan dua kelenjar peluh yang berbeza dan mempunyai fungsi yang berbeza.
Cairan yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar ini boleh membuatkan badan berbau kerana ianya bersifat lemak.
Kelenjar peluh ekrin berfungsi untuk mengawal suhu badan manakala kelenjar apokrin berfungsi untuk mengawal folikel rambut di kepala dan ketiak.

9.Rambut Berbau

Jika rambut anda berbau, ini disebabkan oleh bakteria-bakteria yang terkumpul di bahagian tertentu.
Ini kerana bakteria akan memecahkan lemak di kelenjar apokrin dan ini akan menyebabkan rambut anda berbau.
Jika anda mempunyai rambut yang lebat, semakin banyak bakteria terkumpul

15 Petua Hilangkan Badan

Sekarang anda telah pun tahu punca-punca bau badan serta fakta-fakta yang penting, mari kita lihat petua-petua yang dapat membantu kita menghilangkan bau badan.

Mandi

Korang pernah dengar tentang “mandi kerbau”? Ha, mandi kerbau ni merupakan panggilan bila seseorang itu mandi tidak bersih.
Kebersihan tubuh badan merupakan benda yang paling penting terutamanya pada bau badan.
Jika anda sering mengamalkan “mandi kerbau” ini, adalah dinasihatkan untuk anda meninggalkan tabiat tersebut.
Pastikan anda membersihkan keseluruhan badan anda dengan menyental badan anda terutamanya pada bahagian mudah berpeluh seperti ketiak dan lain-lain.

Deodoran

Seperti yang dikatakan di atas, deodorant dapat membantu mengurangkan bau badan. Ini kerana kulit anda akan bertindak balas untuk mencegah bakteria bau badan.
Adalah disarankan untuk anda memakai deodoran pada setiap hari walaupun anda tidak melakukan aktiviti yang berlebihan.

Pastikan Kulit Kepala Bersih

Seperti yang anda tahu, bakteria di kulit kepala akan mengeluarkan bau.
Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut dari berlaku, anda disarankan untuk membasuh rambut anda dengan kerap.
Pastikan anda mencuci rambut anda sekurang-kurangnya dua kali sehari dan pastikan anda menggosok kulit kepala anda dengan betul.

Mencukur Ketiak

Seperti yang anda tahu, ketiak merupakan salah satu tempat yang selalu berpeluh dan berbau.
Untuk mengatasi masalah ini, adalah lebih baik untuk anda menjaga kebersihan ketiak anda dengan mencukur sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Ini dapat mengurangkan masa bagi bakteria tersebut untuk membiak.

Kerap salin pakaian

Pakaian yang anda pakai haruslah sentiasa ditukar, basuh dan ganti jika perlu. Ini boleh mengelakkan badan anda dari berbau yang disebabkan peluh yang melekat pada baju.

Cuka Epal

Tahukah anda cuka epal adalah salah satu bahan organik yang dapat membantu anda menghilangkan bau badan?
Anda hanya perlu sapukan cuka epal tersebut menggunakan kapas di ketiak anda dan bilas ketika anda mandi.

Soda Bikarbonat

Selain daripada membuat kuih dan kek, soda bikarbonat berperanan dalam menghilangkan bau badan.
Campurkan jus lemon dan satu sudu soda bikarbonat dan sapukan pada ketiak anda. Biarkan seketika sebelum membilasnya dengan air.

Lemon
Selain dari mencampurkan dengan soda bikarbonat seperti diatas, lemon dapat digunakan secara terus untuk membantu menghilangkan bau badan.
Senang je, anda perlu hiriskan lemon tersebut dan sapukannya kepada ketiak anda dengan perlahan-lahan.
Selain itu, anda boleh perahkan jus lemon dan sapukan jus itu ke ketiak anda dengan menggunakan tuala.

Batu Kristal

Bagi mereka yang ada alergi dengan deodoran atau tidak sukakan bahan kimia yang terkandung di dalam deodoran, anda boleh menggunakan batu kristal ini.
Ianya mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan deodoran dan anda boleh dapatkannya di drugstore berdekatan.

Daun Sirih

Selalunya kita dengar daun sirih hanya digunakan untuk makan, tetapi tahukah anda ianya merupakan tumbuhan yang dapat menghilangkan bau badan?
Anda hanya perlu ramas dan campurkan daun tersebut bersama tawas dan sapukan pada bahagian tubuh yang senang berbau seperti ketiak dan pelipat peha.

Mandian Susu

Seterusnya, anda boleh cuba alternatif lain seperti mandi susu untuk menghilangkan bau badan.
Anda disarankan untuk berendam di dalam air susu selama 15-20 minit sekurang-kurang nya seminggu sekali. Bau badan anda kan berkurangan setelah beberapa kali.

Air Cengkih

Selalunya bunga cengkih ini digunakan dalam masakan seperti kari, sup dan makanan berempah kan?
Tapi bunga cengkih juga merupakan bahan yang boleh membantu menghilang kan bau badan.
Rendamkan beberapa bunga cengkih di dalam air panas atau rebuskannya dan minum air rebusan tersebut.
Amalkan air ini selalu dan lama-kelamaan bau badan anda akan berkurangan.

Sapukan lotion

Menyapu pelembap atau lotion dapat membantu anda mengurangkan bau badan anda. Adalah lebih baik untuk memakai lotion selepas mandi.

Ratakan Timun

Seterusnya, timun adalah salah satu tumbuhan yang dapat mengurangkan daun badan selain dari daun sireh.
Anda hanya perlu memotong timun kepada kepingan kecil sebelum menggosoknya ke badan anda ketika mandi.
Ratakan ke seluruh badan anda sebelum membilas nya dengan air bersih.

Memakai minyak wangi

Akhir sekali, untuk mengurangkan bau badan anda, anda boleh menggunakan minyak wangi. Aroma minyak wangi tersebut akan kekal lama di badan anda.
Terdapat beberapa tempat yang anda boleh semburkan minyak wangi untuk aroma tahan lama seperti titik nadi, pergelangan tangan serta belakang lutut.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk anda mengatasi masalah bau badan yang boleh anda ikuti di atas dan anda tidak perlu risau lagi.
Tidak kira cara tradisional mahupun cara moden, anda boleh gunakan cara-cara tersebut untuk menghilangkan bau badan dengan cepat.
Pelbagai cara hilangkan bau badan wanita dan lelaki disediakan. Jadi, anda tidak mempunyai alasan lagi untuk membiarkan badan anda berbau!
Bukan sahaja ianya akan membuatkan orang lain menjauhkan diri daripada anda, ianya juga akan membuatkan anda terlepas benda-benda penting.

Antara cara yang paling senang untuk anda hilangkan bau badan anda dengan cepat ialah dengan memakai minyak wangi.
Jika anda masih tiada minyak wangi dan tidak tahu di mana untuk mendapatkannya, anda boleh lihat syarikat De’Xandra.

De’Xandra merupakan salah satu syarikat pengeluar minyak wangi terkemuka di Malaysia dan telah memenangi beberapa anugerah bagi kualiti produk mereka.
De’Xandra telah menjadi pilihan utama bagi sesetengah rakyat Malaysia dan mempunyai sebanyak 19,000 penjual semula yang berdaftar.
Dapatkan minyak wangi dari De’Xandra sekarang. Anda pasti berpuas hati!